Skip to content

Gosip, mulut berbisa

June 15, 2009

Semalam, saya diperkenalkan oleh kohai saya dengan satu gosip yg sedang hangat di Malaysia ni, yakni kes tuntutan penceraian Ustaz Akhil Hayy oleh isterinya, Maizawati Zainal melalui rancangan gosip yg 99%(pandai2 jek buat kiraan sendiri) dikenali rakyat Malaysia, apalagi kalo bukan MELODI kan?

Carik saja di Youtube, mesti keluar punya bab ni.

Sekali lagi, bab cerai berai digembar-gemburkan. Lagi best kali ni, ustaz pula yang terlibat. Lagilah seronok media hiburan bikin cerita, bikin sensasi. Aduh2!

Bila ustaz kata, “Diharap pihak media jangan besar-besarkan isu ini”

MELODI jawab, “Lorr, media hanya menjalankan tugas!”

Memanglah media massa tugasnya menyampaikan info, tapi buat apa nak disampaikan info psl rumah tangga orang lain? Disebabkan info itu jugaklah, manusia mula mencaci cerca. Mulalah timbul fitnah, cerita tak baik sana sini. Banyak lagi benda lain boleh dibuat cerita, tapi nak jugak carik cerita rumah tangga org lain. Mana taknya, citer begini lah yg org lagi suka, lagi laku kan..

Pastu, mula lah ada yang mengutuk mancaci Ustaz Akhil Hayy tu, kata tak layak bagi ceramah la ape la. Sebelum kutuk- mengutuk tu, silalah cermin diri dulu, adakah anda juga perfect? Atau, lagi senang, pikir balik. Akhil Hayy tu manusia ke malaikat?

Hah, bila dah dapat jawab soalan tu, mudahlah kalian utk memahami, dia juga ada melakukan kesilapan. Ada juga nafsu, ada juga kisah2 yg tidak membanggakan.

Ada sebabnya, mengapa suami isteri tidak boleh menceritakan bab rumah tangga kepada sesiapa pon, even mak bapak. Inikan pulak mahu cerita pada media massa. Isterinya juga bersalah dalam bab ni. Tapi, mengapa ramai yg mengutuk sebelah pihak sahaja?

Perhatian: Saya TIDAK menyokong mana2 pihak. Dua2 ada salahnya.

Entahlah.. seronok betul manusia menggunakan mulut mereka mengata itu ini tentang manusia lain. Mereka lupa agaknya, nanti di alam AKHIRAT sana, bukan mulut kita yg boleh berbicara di mahkamah sana, tapi setiap anggota kita yang akan melaporkan setiap gerak laku kita di DUNIA ni.

Mouth: Handle with care!

Sudah-sudah lah bergosip. Banyak lagi isu lain yg perlu diketahui. Bila kita layan isu-isu begini, orang yg suka tengok kita mundur pon bertepuk tangan sambil gelakkan kita tergolek-golek. Ilmu yg patut diterokai masih banyak, tapi masih juga kita ikatkan diri dgn isu-isu yg bukan pon hak kita utk dipersoalkan.

Bila kita layan isu-isu camni, maknanya kita dah buang masa kat situ.

So, people! Stop gossiping, start working!

Note: kohai=junior

p/s: Seronok bila cerita pasal orang lain, tak sedar, satu hari nanti kalo kita pon terkena benda sama, suka tak kalo org ckp psl kita? huuuuu..

2 Comments leave one →
  1. June 22, 2009 06:41

    hmmmmm…
    my Mr. K.T said something last friday.
    something like this,
    「他人を見てるばっかりだから、自分が見えないんじゃないの?」
    i’ve agreed to this 1000%.
    not looking to the one who said this, but to the what’s being said.
    wallahhu’alam.

    p/s : lama x borak panjang2 ngn zali kt YM. ekekekekekekekeke.

  2. ZaliZabrina permalink*
    July 13, 2009 20:30

    huhu..baru nak bls..osoi ne.. 😛
    yess, masani..asyik tgk org lain je, x nmpk yg kita duk kutuk2 org lain tu sbnrnye blk pd diri sendiri kan..astaghfirullahalazim…
    of course, we look at what he said, not the one who said it. tp kalo org yg ckp tu kita hormat, lg berkesan kan? kekeke

Leave a comment