Skip to content

Di Sebalik Tabir…

July 13, 2009

Adus.. skrg ni susah betul nak menjenguk blog2 kegemaran..apatah lg nak menulis entri baru..

Takpelah, at least skrg ni tgh ada mood..hehe

Pada hari Sabtu minggu lepas, ada program Jalinan Ukhwah Hokuriku di Niigata ni. Program diadakan di Masjid Niigata. Kalo nak citer tentang Masjid Niigata ni, masyaALlah, no words can describe the beauty of this masjid. Satu, memang kecantikan fizikalnya yg rasanya setanding dgn masjid di Malaysia yg mahal2 tuh. Tp, bknlah standard Masjid Putrajaya.huhu. Tp kalah la masjid di taman perumahan saya tu.huhu.

Yg lebih cantiknya ialah, perjalanan ke arah pembinaan masjid ini.. cerita di sebalik Masjid Niigata..

Individu yg banyak menghabiskan masa dan tenaganya utk masjid ini, ialah Bro Khaled Selim, seorang warga Egypt di Niigata. Kalo nak citer pengorbanannya, memang panjang.Β  Tak cukup kertas A4! πŸ˜€

Pada mulanya, di Niigata ni memang ada masjid. Tapi jauhhh sangat dari Niigata University. Masjidnya di area berdekatan pelabuhan, sbb di situ ramai rakyat Pakistan Muslim yg bekerja dalam industri penghantaran barang2 kontena(betul ke maklumat nih?hihi). Tapi, kami di Niigata University ni, tmbh pulak yg perempuan, mmg x tahu kewujudan masjid tu, sampai lah baru2 ni..

Disebabkan jarak masjid dgn U yg jauh tu, kami jadikan sebuah rumah 6-jou(rumah seorang, dlm 16m persegi) sebagai surau berdekatan sekolah(istilah yg digunakan utk ‘university’). Selama bertahun-tahun kami pakai surau tu utk solat 5 waktu, solat Jumaat, solat Eidulfitri dll. Tup Tap Tup Tap, tiba2 masalah timbul bila jiran2 sebelah rumah mengadu kebisingan yg dtg dari surau, bkn saja sbb athan, tp sbb percakapan yg melampau kebisingannya. Maklumlah, Arabs mmg kuat suaranya dan bila berckp, mmg bersemangat. Tambah pula, keadaan rumah2 di Jepun ni, dindingnya nipis, dibuat dari kayu, pastu jalanraya mmg dah senyap selepas pukul 8 malam. Sehingga sampai pd satu tahap, kami dihalau dari rumah(surau) itu.

Jadi, bermulalah quest kami utk mencari sebuah rumah utk dijadikan surau/masjid. Tapi, naka-naka mitsukaranai..(susah nak jumpa..), sebab nak rumah utk dijadikan masjid, banyak prosedurenya. Sudahnya, kami decide utk bina saja masjid di tanah yg dibeli.

Rata-rata, ramai yg bersetuju utk meneruskan niat ini, tp bila ditanya volunteer utk pusing satu jepun utk mengutip derma, susah benar nak jumpa org yg sanggup. Malah ada yg mengatakan mustahil utk kumpul duit dan bina masjid dlm masa singkat. Sebab mereka pon mungkin tak sempat nak guna masjid tu. Itu normal, sbb masing2 ada tanggungjawab masing2. Belajar, bekerja, semuanya dalam masa yg terhad. Tak semua boleh komited dlm usaha ini.

Tapi, Bro Khaled tidak putus asa. Dia pergi juga ke Masjid Nagoya(kalo tak silap) dan beberapa masjid lain, dan dengan izin Allah, dia dapat kumpul #######yen(tidak pasti, tapi ratusan ribu yen) dalam masa beberapa hari sahaja! Dia pulang dan tunjuk hasil kutipannya pada kawan-kawan di Niigata, membuatkan mereka terkejut dan setuju utk volunteer utk jaulah(rombongan lawatan?) seterusnya..

Itulah pertolongan pertama dari Allah.

Al-Quran Surah Al-Maaidah ayat 54

β€œWahai orang-orang yang beriman, sesiapa dari kamu yang berpaling dari agamanya (Islam), maka akan Allah datangkan satu kaum (untuk menggantikan mereka) yang mana Allah sayang pada mereka dan mereka sayang kepadaNya……”

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.

Perancangan dan pembinaan Masjid Niigata hanya mengambil masa tidak sampai 2 tahun, dan ia bukanlah hasil dari usaha warga Niigata sahaja, malah hasil bantuan yg Allah berikan dari merata-rata tempat. Dan ada juga bantuan yg entah dari mana datangnya, tapi sentiasa saja ada. Wallahu’alam, hanya Allah saja tau..

Di sini, ingin juga saya menyeru pada semua..

Di Malaysia, sering saja ada orang yang meminta derma utk pembinaan sekolah agama atau masjid, atau orang2 yg meminta derma di tepi2 jalan..

Jika kita tiada duit utk didermakan, janganlah kita kutuk mereka yg di tepi jalan itu, atau meragui samada org yg datang meminta derma itu betul2 dalam keperluan atau hanya konspirasi men‘sagi’(menipu) duit orang lain.

Sebaliknya, jika kita hanya ada 1 sen pon ketika itu, dan kita ikhlas menderma kpd mereka, tanpa rasa ragu dan berfikir yg bukan2, insyaAllah 1sen itu akan dimasukkan dalam buku catatan kebaikan kita. Dan percayalah, sepatutnya tidak ada masa yg kita tidak ada duit utk disumbang ke jalan Allah. Hanya hendak atau tidak sahaja. Samada kita kedekut atau tidak dgn harta kita utk disumbang ke jalan Allah.

Saya berkata ini, kerana saya merasai nikmat menderma ini. Lagi banyak saya bagi, lagi banyak yg saya dpt, entah dari mana saya tak tahu. Kesempitan duit jarang dirasai. Sebab itu, saya tak faham bila ada yang berkata mereka tiada duit. Kerana saya sentiasa ada duit, walaupun hanya 1sen.

Bila saya hilang duit, atau ditipu kerana duit, saya selalu cuba berlapang dada. Kerana sy yakin, duit itu bukan rezeki saya, bukan hak saya. Mungkin itu pembersih dosa saya.

Bila saya dapat duit, saya selalu ingatkan diri, itu rezeki utk saya salurkan pula pada jalan Allah. Bukan hak saya juga.

Jadi, kawan-kawan..

Selalulah ringan-ringankan tangan utk menderma..

Jika kita kedekut pada Allah, rezeki kita akan sempit.

Jika kita pemurah pada Allah, insyaAllah akan melimpah ruah nikmat yg kita dapat..

BELIEVE THAT, and KEEP DONATING YOUR PROPERTY, AS IT IS NOT YOURS ENTIRELY. πŸ™‚

p/s: PERHATIAN: Bukan niat utk menunjuk atau mengungkit dermaan, tp utk berkongsi nikmat menderma bersama pembaca sekalian. Harap maklum.

5 Comments leave one →
  1. July 15, 2009 05:43

    Kakak!!!!!!
    Aiyo I’m too busy to read some of my fav author’s post because of my super tight guitar practice schedule.Its been a mess for a few weeks.Glad that I finally got time to visit your blog.Take care.Salam.

  2. ZaliZabrina permalink*
    July 16, 2009 01:25

    salam..
    hehe, really?guitar practice, what for?competition?
    glad that my BROTHER got time to drop by.. πŸ˜›

  3. July 22, 2009 16:25

    ~salam alaik…

    ~akak…mcm penah jmpa. kt toko hotel deshou…?

    ~nice entri la akak…

    ~semoga jln kita dipermudahkanNya… πŸ™‚

  4. ZaliZabrina permalink*
    August 1, 2009 19:11

    salam tadamiru~
    hehe, mmg penah jumpa..kat orientasi tokyo πŸ˜‰
    otagai gambarimashou~

  5. sarah permalink
    November 14, 2010 18:28

    salam kak…
    saya ni otw ke niigata ikut suami sailing..
    nak minta pendapat, kalau kt sana nnt, cara terbaik utk solat dan tempatnye..tqvm πŸ™‚

Leave a comment