Skip to content

Turun Naik

August 9, 2009

Alhamdulillah..saya hidup lagi..

Alhamdulillah..saya berpeluang membaiki diri..saya berpeluang menangis meratap kemaafan dari Ilahi..

Sungguh besar nikmat mempunyai peluang bertaubat..

Diakui..sangat sukar nak tetapkan hati di atas jalan yang diyakini betul..kerana mesti banyak saja halangan yg menanti..kalo bukan dari syaitan, tp mungkin juga dari diri sendiri..atau persekitaran..

Setelah lama leka dgn dunia, saya disedarkan dgn satu video yg dikongsi dari seorang sahabat.

Kemudian, lepas tonton video ni, saya lompat ke video lain yg berkaitan.. Yang mana tajuknya ada PILDACIL, saya tekan.. MasyaAllah, saya terpaku dgn kebijaksanaan anak2 kecil dlm rancangan ini..Sangat cilik dan petah berkata-kata, malah mendalami pula apa yg disampaikan.

Kemudian, tangan saya sampai ke video ini pula..

Saya rasa mesti ramai yg pernah dengar tentang cerita anak kecil yg petah berceramah di Iran. Inilah anak kecil itu. Muhammed Husain Rangbast. Tiap bait katanya penuh dgn kesayuan menceritakan tentang kisah Fatimah Az Zahraa, puteri Rasulullah SAW dan isteri kepada Ali bin Abi Talib, diserang di rumahnya sehingga gugur kandungannya..

Kenapa saya rasa sayu bila dengar kisah ini? Sebab saya pernah dengar kisah ini dari seorang senpai(senior) dan semasa dia menceritakan kisah ini juga, dia menangis menceritakannya..

Ya Allah, sesungguhnya sudah ramai penolong agama Allah yg terdiri daripada golongan kecil molek..Melihat fenomena ini, saya tak dapat lari dari memikirkan, inilah petunjuk dari Allah..

Ingatkah anda surah al-Maidah:54?

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.

Sebenarnya ayat ini diturunkan ketika kaum Muslim lalai dgn dunia dan jauh dari agama sendiri, lalu Allah datangkan peringatan dari kaum lain yakni kaum Moghul(kerajaan Tatar) yang memulakan kerajaan Uthmaniyyah..[tak pasti pula tentang kisahnya..dah check, tp takut nak letak maklumat salah..sape2 yg tau, sila2 la kongsi ye..]

Tapi, mcmana pon, saya teringat juga dgn ayat ini, walaupon lain sikit dgn keadaan hari ini..

Saya rasa, Allah datangkan anak2 kecil yg petah berbicara tentang kehebatan dan keindahan Islam, kerana orang2 dewasa kebanyakannya dah lalai dgn keindahan dunia yg sementara.. Astaghfirullahaladzim..

Saya juga kadangkala tergolong dalam golongan dewasa itu. Sesungguhnya, saya manusia biasa. Sentiasa ada turun naiknya, emosi dan iman. Anda boleh tgk sendiri entri saya, ada turun ada naiknya..paham2 sendiri la ye..

Terima kasih pada kawan yg berkongsi satu peringatan yg berharga utk saya. Mungkin juga lepas ini saya akan jatuh lagi, tp bantulah saya bangun semula..

p/s: Susah hidup berseorang, tambah pula di perantauan. Hanya peringatan keluarga dan kawan2 lah yg amat diharapkan..Yoroshiku onegai shimasu! 😉

The Climb

August 1, 2009

I can almost see it
That dream I am dreaming
But there’s a voice inside my head saying
“You’ll never reach it”

Every step I’m taking
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking

But I gotta keep trying
Gotta keep my head held high

There’s always gonna be another mountain
I’m always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I’m gonna have to lose

Ain’t about how fast I get there
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb

The struggles I’m facing
The chances I’m taking
Sometimes might knock me down
But no, I’m not breaking

I may not know it
But these are the moments that
I’m gonna remember most, yeah
Just gotta keep going

And I, I got to be strong
Just keep pushing on

‘Cause there’s always gonna be another mountain
I’m always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I’m gonna have to lose

Ain’t about how fast I get there
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb, yeah!

There’s always gonna be another mountain
I’m always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Somebody’s gonna have to lose

Ain’t about how fast I get there
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb, yeah!

Keep on moving, keep climbing
Keep the faith, baby
It’s all about, it’s all about the climb
Keep the faith, keep your faith, whoa

***

Salam everyone~

There’s been a while since my last post. So, for the beginning of this month, I would like to share a wonderful song from Miley Cyrus, The Climb.

It has a very meaningful lyrics to me. Well, somehow, I always liked songs about life. Because, 1/4 of life contains joy and happiness, but 3/4 of it is pain and struggle.. So, when I hear songs like this, it just reminds me to keep on going. As Miley said,

Life’s a Climb, but the View is Great!

-Miley Stewart in Hannah Montana the Movie

Till then, take care..

p/s: Tons of ideas to post into an entry, but just couldn’t make it into one! 😦

Di Sebalik Tabir…

July 13, 2009

Adus.. skrg ni susah betul nak menjenguk blog2 kegemaran..apatah lg nak menulis entri baru..

Takpelah, at least skrg ni tgh ada mood..hehe

Pada hari Sabtu minggu lepas, ada program Jalinan Ukhwah Hokuriku di Niigata ni. Program diadakan di Masjid Niigata. Kalo nak citer tentang Masjid Niigata ni, masyaALlah, no words can describe the beauty of this masjid. Satu, memang kecantikan fizikalnya yg rasanya setanding dgn masjid di Malaysia yg mahal2 tuh. Tp, bknlah standard Masjid Putrajaya.huhu. Tp kalah la masjid di taman perumahan saya tu.huhu.

Yg lebih cantiknya ialah, perjalanan ke arah pembinaan masjid ini.. cerita di sebalik Masjid Niigata..

Individu yg banyak menghabiskan masa dan tenaganya utk masjid ini, ialah Bro Khaled Selim, seorang warga Egypt di Niigata. Kalo nak citer pengorbanannya, memang panjang.  Tak cukup kertas A4! 😀

Pada mulanya, di Niigata ni memang ada masjid. Tapi jauhhh sangat dari Niigata University. Masjidnya di area berdekatan pelabuhan, sbb di situ ramai rakyat Pakistan Muslim yg bekerja dalam industri penghantaran barang2 kontena(betul ke maklumat nih?hihi). Tapi, kami di Niigata University ni, tmbh pulak yg perempuan, mmg x tahu kewujudan masjid tu, sampai lah baru2 ni..

Disebabkan jarak masjid dgn U yg jauh tu, kami jadikan sebuah rumah 6-jou(rumah seorang, dlm 16m persegi) sebagai surau berdekatan sekolah(istilah yg digunakan utk ‘university’). Selama bertahun-tahun kami pakai surau tu utk solat 5 waktu, solat Jumaat, solat Eidulfitri dll. Tup Tap Tup Tap, tiba2 masalah timbul bila jiran2 sebelah rumah mengadu kebisingan yg dtg dari surau, bkn saja sbb athan, tp sbb percakapan yg melampau kebisingannya. Maklumlah, Arabs mmg kuat suaranya dan bila berckp, mmg bersemangat. Tambah pula, keadaan rumah2 di Jepun ni, dindingnya nipis, dibuat dari kayu, pastu jalanraya mmg dah senyap selepas pukul 8 malam. Sehingga sampai pd satu tahap, kami dihalau dari rumah(surau) itu.

Jadi, bermulalah quest kami utk mencari sebuah rumah utk dijadikan surau/masjid. Tapi, naka-naka mitsukaranai..(susah nak jumpa..), sebab nak rumah utk dijadikan masjid, banyak prosedurenya. Sudahnya, kami decide utk bina saja masjid di tanah yg dibeli.

Rata-rata, ramai yg bersetuju utk meneruskan niat ini, tp bila ditanya volunteer utk pusing satu jepun utk mengutip derma, susah benar nak jumpa org yg sanggup. Malah ada yg mengatakan mustahil utk kumpul duit dan bina masjid dlm masa singkat. Sebab mereka pon mungkin tak sempat nak guna masjid tu. Itu normal, sbb masing2 ada tanggungjawab masing2. Belajar, bekerja, semuanya dalam masa yg terhad. Tak semua boleh komited dlm usaha ini.

Tapi, Bro Khaled tidak putus asa. Dia pergi juga ke Masjid Nagoya(kalo tak silap) dan beberapa masjid lain, dan dengan izin Allah, dia dapat kumpul #######yen(tidak pasti, tapi ratusan ribu yen) dalam masa beberapa hari sahaja! Dia pulang dan tunjuk hasil kutipannya pada kawan-kawan di Niigata, membuatkan mereka terkejut dan setuju utk volunteer utk jaulah(rombongan lawatan?) seterusnya..

Itulah pertolongan pertama dari Allah.

Al-Quran Surah Al-Maaidah ayat 54

“Wahai orang-orang yang beriman, sesiapa dari kamu yang berpaling dari agamanya (Islam), maka akan Allah datangkan satu kaum (untuk menggantikan mereka) yang mana Allah sayang pada mereka dan mereka sayang kepadaNya……”

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.

Perancangan dan pembinaan Masjid Niigata hanya mengambil masa tidak sampai 2 tahun, dan ia bukanlah hasil dari usaha warga Niigata sahaja, malah hasil bantuan yg Allah berikan dari merata-rata tempat. Dan ada juga bantuan yg entah dari mana datangnya, tapi sentiasa saja ada. Wallahu’alam, hanya Allah saja tau..

Di sini, ingin juga saya menyeru pada semua..

Di Malaysia, sering saja ada orang yang meminta derma utk pembinaan sekolah agama atau masjid, atau orang2 yg meminta derma di tepi2 jalan..

Jika kita tiada duit utk didermakan, janganlah kita kutuk mereka yg di tepi jalan itu, atau meragui samada org yg datang meminta derma itu betul2 dalam keperluan atau hanya konspirasi men‘sagi’(menipu) duit orang lain.

Sebaliknya, jika kita hanya ada 1 sen pon ketika itu, dan kita ikhlas menderma kpd mereka, tanpa rasa ragu dan berfikir yg bukan2, insyaAllah 1sen itu akan dimasukkan dalam buku catatan kebaikan kita. Dan percayalah, sepatutnya tidak ada masa yg kita tidak ada duit utk disumbang ke jalan Allah. Hanya hendak atau tidak sahaja. Samada kita kedekut atau tidak dgn harta kita utk disumbang ke jalan Allah.

Saya berkata ini, kerana saya merasai nikmat menderma ini. Lagi banyak saya bagi, lagi banyak yg saya dpt, entah dari mana saya tak tahu. Kesempitan duit jarang dirasai. Sebab itu, saya tak faham bila ada yang berkata mereka tiada duit. Kerana saya sentiasa ada duit, walaupun hanya 1sen.

Bila saya hilang duit, atau ditipu kerana duit, saya selalu cuba berlapang dada. Kerana sy yakin, duit itu bukan rezeki saya, bukan hak saya. Mungkin itu pembersih dosa saya.

Bila saya dapat duit, saya selalu ingatkan diri, itu rezeki utk saya salurkan pula pada jalan Allah. Bukan hak saya juga.

Jadi, kawan-kawan..

Selalulah ringan-ringankan tangan utk menderma..

Jika kita kedekut pada Allah, rezeki kita akan sempit.

Jika kita pemurah pada Allah, insyaAllah akan melimpah ruah nikmat yg kita dapat..

BELIEVE THAT, and KEEP DONATING YOUR PROPERTY, AS IT IS NOT YOURS ENTIRELY. 🙂

p/s: PERHATIAN: Bukan niat utk menunjuk atau mengungkit dermaan, tp utk berkongsi nikmat menderma bersama pembaca sekalian. Harap maklum.

Gosip, mulut berbisa

June 15, 2009

Semalam, saya diperkenalkan oleh kohai saya dengan satu gosip yg sedang hangat di Malaysia ni, yakni kes tuntutan penceraian Ustaz Akhil Hayy oleh isterinya, Maizawati Zainal melalui rancangan gosip yg 99%(pandai2 jek buat kiraan sendiri) dikenali rakyat Malaysia, apalagi kalo bukan MELODI kan?

Carik saja di Youtube, mesti keluar punya bab ni.

Sekali lagi, bab cerai berai digembar-gemburkan. Lagi best kali ni, ustaz pula yang terlibat. Lagilah seronok media hiburan bikin cerita, bikin sensasi. Aduh2!

Bila ustaz kata, “Diharap pihak media jangan besar-besarkan isu ini”

MELODI jawab, “Lorr, media hanya menjalankan tugas!”

Memanglah media massa tugasnya menyampaikan info, tapi buat apa nak disampaikan info psl rumah tangga orang lain? Disebabkan info itu jugaklah, manusia mula mencaci cerca. Mulalah timbul fitnah, cerita tak baik sana sini. Banyak lagi benda lain boleh dibuat cerita, tapi nak jugak carik cerita rumah tangga org lain. Mana taknya, citer begini lah yg org lagi suka, lagi laku kan..

Pastu, mula lah ada yang mengutuk mancaci Ustaz Akhil Hayy tu, kata tak layak bagi ceramah la ape la. Sebelum kutuk- mengutuk tu, silalah cermin diri dulu, adakah anda juga perfect? Atau, lagi senang, pikir balik. Akhil Hayy tu manusia ke malaikat?

Hah, bila dah dapat jawab soalan tu, mudahlah kalian utk memahami, dia juga ada melakukan kesilapan. Ada juga nafsu, ada juga kisah2 yg tidak membanggakan.

Ada sebabnya, mengapa suami isteri tidak boleh menceritakan bab rumah tangga kepada sesiapa pon, even mak bapak. Inikan pulak mahu cerita pada media massa. Isterinya juga bersalah dalam bab ni. Tapi, mengapa ramai yg mengutuk sebelah pihak sahaja?

Perhatian: Saya TIDAK menyokong mana2 pihak. Dua2 ada salahnya.

Entahlah.. seronok betul manusia menggunakan mulut mereka mengata itu ini tentang manusia lain. Mereka lupa agaknya, nanti di alam AKHIRAT sana, bukan mulut kita yg boleh berbicara di mahkamah sana, tapi setiap anggota kita yang akan melaporkan setiap gerak laku kita di DUNIA ni.

Mouth: Handle with care!

Sudah-sudah lah bergosip. Banyak lagi isu lain yg perlu diketahui. Bila kita layan isu-isu begini, orang yg suka tengok kita mundur pon bertepuk tangan sambil gelakkan kita tergolek-golek. Ilmu yg patut diterokai masih banyak, tapi masih juga kita ikatkan diri dgn isu-isu yg bukan pon hak kita utk dipersoalkan.

Bila kita layan isu-isu camni, maknanya kita dah buang masa kat situ.

So, people! Stop gossiping, start working!

Note: kohai=junior

p/s: Seronok bila cerita pasal orang lain, tak sedar, satu hari nanti kalo kita pon terkena benda sama, suka tak kalo org ckp psl kita? huuuuu..

愛-love-cinta!

June 4, 2009

[AWAS: Artikel ini mengandungi spoiler :P]

Semalam, tiba2 je rasa nak tengok citer Kiamat Sudah Dekat, citer Indonesia lepas dengar balik ceramah dari Ustaz Hasrizal mase SC08. Siapa nak dengar ceramah tu, sila klik sini!

Dalam ceramah ustaz, ustaz gunakan video di bawah ini.

Bila tengok video ni, memang gelak ar. Tapi hakikatnya memang ada yang tak tau agama sendiri. Literally speaking! Jangan sampai satu masa nanti, anak-anak cucu-cucu kita pulak yang sampai kene kuarkan I/C dulu, baru tau agama apa yang didaftarkan atas nama mereka. Nauzubillahiminzaalik!

Seperti yang saya tulis di entri sebelum ni, hidayah Allah itu besar. Allah boleh bagi pada siapa2 saja yg Dia kehendaki. Samalah macam Fandy dalam citer ni, dia dapat hidayah melalui penampilan Sarah yang berhijab, dan lain daripada gadis lain. Sampai satu tahap, cinta pada Sarah mendorong dia untuk melakukan apa saja untuk menikahi Sarah.

Tapi, untuk menikahi Sarah, perlu lulus syarat2 yg diberikan oleh ayah Sarah ni:

1. Belajar solat.

2. Belajar baca Quran.

3. Tunggu dulu, nanti citer 😛

Dan disebabkan hidayah itu juga, Fandy berjaya menyedarkan kedua orang tuanya tentang solat dan kiamat. Inilah dia, hidayah yang Allah berikan pada sesiapa yang Dia kehendaki. Dari cinta manusia, dalam sedar tak sedar, Fandy juga mencari cinta Allah. Fandi boleh solat dan baca Quran dalam masa sebulan saja! Hebatnya kuasa cinta! 🙂

Tapi, walaupun dia dah belajar solat dan baca Quran dalam masa yang sangat singkat, ayah Sarah masih rasa Fandy tak layak untuk Sarah. So, ayah Sarah bagi syarat ke-3: Belajar ilmu ikhlas!

Hah, camana pulak nak belajar ilmu ikhlas? Jenuh Fandy baca buku, tapi macam iman jugak lah, keikhlasan bukannya boleh diwarisi, boleh dibeli. Kan?

Sampailah tiba masanya rival Fandy datang. Seorang lelaki yang asal dari keluarga baik2, belajar di Mesir, siap M.A student lagi hah. Siapa tak nak calon suami yang hampir perfect gitu kan?

Tapi, sesungguhnya ikhlas tu akan datang jika cinta kepada manusia itu juga menghasilkan cinta kepada Allah.

 

p/s: To be continued.. insyaAllah 🙂

Niigata Updated part 2

May 31, 2009

Again, dedicated to Cik Puan, here’s Niigata Updated for you..

Ichigo Gari(Strawberry Picking)

IMG_2096

Beribu-ribu strawberries!!

IMG_2112

Pini, oishisou desho~~

 

IMG_2093

Sorok-sorok makan 😛

IMG_2091

怪しい行動をやめましょう!:P

 

IMG_2087

Kepala dan strawberries!

IMG_2153

Sesi bergambar dalam keta!

チューリップ見に行く(Tulip Seeing)

IMG_2221

Jejaka tak terhebat!

IMG_2260

Danbou tinggal kepala daa..

 

IMG_2224

Poyo seperti biasa

IMG_0955

Sugar love~~

 

IMG_2280

Subhanallah!

IMG_2248

Click to edit title

 

IMG_0945

"MINI skirt" tte, doko ga mini??

IMG_1000

Dilarang masuk daa

 

Seafood Eating at Teradomari

IMG_1276

Rough konon

IMG_1287

Senyuman Youk menjadi tumpuan

IMG_1288

Kami mengaco pakcik mancing kat belakang

 

IMG_1304

Uish, camtekkk..laut! 😛

IMG_1305

Ha..ni lah lautnya..

IMG_1308

Men in 'cermin mata'

 

IMG_1315

Manjat je koje depa nih!

IMG_1323

KAMI

IMG_1332

KAMI at tangga

 

IMG_1346

Aimi ala-ala comei

IMG_1347

Wanie nyorok muka!

IMG_1354

Wanie nak join sebenarnye tuh

 

IMG_1355

Nice!

IMG_1359

Di tepi pandai nan indah

 

IMG_1361

Tow yang buat gaya je

IMG_1360

The real photographer

 

Hah, banyak tak gamba tuh? Ganbatte ireta yo~

Enjoy~~

 

 

p/s: Miss ya Cik Puan!

Memberi dan Menerima

May 31, 2009

Kan lebih baik kalau hidup kita utk memberi..

Senang betul bila cakap. Tapi hakikatnya, amatlah susah.. Ya, saya amat kagum dengan pemikiran mereka-mereka yang suka memberi dalam memaknakan erti hidup.. seperti Abu Saif 😀

Tidak sampai setahun saya bertemu dgn kewujudan insan bernama Hasrizal Abdul Jamil. Disebabkan diri ini bukan seorang yg suka membaca, maka memang lazimlah bagi saya utk tidak mengamalkan tabiat membaca blog-blog yg bertebaran di alam maya ni. Walaupun sudah ramai yang rekemen pada saya utk menjenguk blog itu, tapi hakikatnya, susah juga utk diri ini terima, kerana memang lebih mudah utk menekan remote control dan menonton saja TV Jepun yang lebih menarik dan berinformasi itu.

Buku tulisan Ustaz Abu Saif

Buku tulisan Ustaz Abu Saif

Namun, hadirnya ustaz ke sebuah program anjuran IPIJ, membuka satu lembaran baru utk saya. Saya sungguh terkesan dengan penyampaian beliau tentang Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam. Ustaz menekankan, bahawa sedarkah kita, selama ini, mungkin Islam kita hanyalah Islam warisan sahaja..

Barulah saya mengerti, apa maknanya lagu Raihan – Iman Mutiara itu.

Namun, sesungguhnya berat sungguh untuk mengamalkan Erti Hidup Pada Memberi.

Terutamanya, utk memberi nasihat.

Pertama, untuk memberi nasihat, selalu kita akan bertanya pada diri. Layakkah aku? Siapakah aku utk mendabik dada memberi kefahaman kepada org lain? Sedangkan nasihat kepada kawan sendiri pun belum tentu kita boleh lakukan. Bayangkan, kepada kawan-kawan yg rapat juga, kita selalu berkira-kira utk memberi nasihat.

Sedarkah anda, bahawa jika anda masih teragak-agak utk memberi nasihat, sedangkan kepada kawan baik kita sendiri, maka sebenarnya, kita bukanlah SAYANG BETUL-BETUL pada kawan kita itu. Kerana, jika kita sayang dia betul-betul, adakah mungkin kita teragak-agak utk memberitahu dia akan kebenaran yang menyelamatkan dia?

Sampaikanlah walau satu ayat. – Rasulullah SAW

Katakanlah kebenaran walaupun ia pahit. (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Albani)

Adakah kita perlu malu dan takut utk menyatakan kebenaran yg pahit itu kepada seorang kawan yg dikatakan KAWAN DUNIA AKHIRAT? Jika kita masih takut dan ragu, maka itu bukanlah kawan dunia akhirat kita, sedarilah bahawa itu hanyalah kawan dunia kita.

Memberi nasihat bukanlah untuk mengisytiharkan bahawa kita lebih pandai dan baik dari penerima nasihat. Tapi, seperti yang saya tegaskan, memberi nasihat itu kerana kita sayang akan penerimanya.

Satu lagi perkara yg perlu diingat, walau bagaimanapun karakter dan sifat seorang pemberi nasihat, biarpun dia seorang pencuri, janganlah kita ambil endah tak endah akan nasihat itu. Kerana hakikatnya, apa yang datang dari nasihatnya itu juga datang dari Allah. Hidayah dan petunjuk yg Allah beri melalui manusia lain. Percayalah akan hakikat itu, dan terimalah nasihat itu seadanya.

Tidak bererti bahawa yg memberi tak perlu menerima. Jika kita pula yg diberi nasihat, janganlah sekali-kali difikirkan,

“Hey!!Aku lebih pandai, lagi tinggi pelajaran dari engkau lah! Apsal engkau bagi nasihat kat aku lak nih?”

Owh..tinggi sungguhkah darjat ilmu itu?

Janganlah sekali-kali mendabik dada begitu. Sesungguhnya ilmu dan ilham itu semuanya datang dari Allah. Hak Allah. Mengapa perlu kita hamba yg hina ini utk mendabik dada sebegitu? Bila-bila sahaja Allah boleh tarik dengan perkataan “Kun” sahaja! Astaghfirullah al azim..

Sesungguhnya, hati manusia ini sungguh mudah utk Allah ‘bolak-balik’kan. Dia berhak utk memberi hidayah, dan juga mencabut hidayah dari seseorang. Maka, jika kita sudah jarang rasa sakit, atau jarang ditimpa kesusahan, hati-hatilah. Mungkin kita sudah tidak disayangi olehNya. Nauzubillahi minzaalik.

Sedarlah, jika pemberi nasihat itu membuat salah atau kesilapan, jangan mudah utk kita justify kesalahannya dengan menyatakan,

“Hah, dulu tunjuk baik sangat. Bagi nasihat konon. Sekarang tengok apa jadi dengan dia tuh? Kesimpulannya, tak payahlah tunjuk baik sangat, tengok jadi camne dah. Lagi teruk dari aku hah..”

Ingatlah, sesungguhnya, Allah pembolak-balik hati manusia. Dia bisa melakukan apa sahaja dengan hambanya. Jangan mudah menilai dan mencaci-cerca manusia yang terlencong dari jalan yang benar. Kerana, mereka mungkin berakhir dengan kesudahan yang lebih baik dari kita. Selalulah doa..

Ya Allah, wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku atas agama-Mu..

Ya Allah, wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku untuk taat kepada-Mu..

Ya Allah, wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku atas keimanan..

Wahai Tuhan kami, jangan gelincirkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami dan berilah kami dari sisi-Mu rohmat. Sesungguhnya Engkau Dzat yang maha bijaksana.

Ameen..

sumber doa: Mind InBlogs

Air mata di depan Allah lebih bermakna..

Air mata di depan Allah lebih bermakna..

Terimalah nasihat itu sebelum sampai masa tiada siapa mahu memberi nasihat kepada kita.

p/s: Masih terus berusaha utk membaiki diri. Tegurlah saya di mana yg salah. Sesungguhnya saya juga manusia biasa.