Skip to content

Turun Naik

August 9, 2009

Alhamdulillah..saya hidup lagi..

Alhamdulillah..saya berpeluang membaiki diri..saya berpeluang menangis meratap kemaafan dari Ilahi..

Sungguh besar nikmat mempunyai peluang bertaubat..

Diakui..sangat sukar nak tetapkan hati di atas jalan yang diyakini betul..kerana mesti banyak saja halangan yg menanti..kalo bukan dari syaitan, tp mungkin juga dari diri sendiri..atau persekitaran..

Setelah lama leka dgn dunia, saya disedarkan dgn satu video yg dikongsi dari seorang sahabat.

Kemudian, lepas tonton video ni, saya lompat ke video lain yg berkaitan.. Yang mana tajuknya ada PILDACIL, saya tekan.. MasyaAllah, saya terpaku dgn kebijaksanaan anak2 kecil dlm rancangan ini..Sangat cilik dan petah berkata-kata, malah mendalami pula apa yg disampaikan.

Kemudian, tangan saya sampai ke video ini pula..

Saya rasa mesti ramai yg pernah dengar tentang cerita anak kecil yg petah berceramah di Iran. Inilah anak kecil itu. Muhammed Husain Rangbast. Tiap bait katanya penuh dgn kesayuan menceritakan tentang kisah Fatimah Az Zahraa, puteri Rasulullah SAW dan isteri kepada Ali bin Abi Talib, diserang di rumahnya sehingga gugur kandungannya..

Kenapa saya rasa sayu bila dengar kisah ini? Sebab saya pernah dengar kisah ini dari seorang senpai(senior) dan semasa dia menceritakan kisah ini juga, dia menangis menceritakannya..

Ya Allah, sesungguhnya sudah ramai penolong agama Allah yg terdiri daripada golongan kecil molek..Melihat fenomena ini, saya tak dapat lari dari memikirkan, inilah petunjuk dari Allah..

Ingatkah anda surah al-Maidah:54?

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.

Sebenarnya ayat ini diturunkan ketika kaum Muslim lalai dgn dunia dan jauh dari agama sendiri, lalu Allah datangkan peringatan dari kaum lain yakni kaum Moghul(kerajaan Tatar) yang memulakan kerajaan Uthmaniyyah..[tak pasti pula tentang kisahnya..dah check, tp takut nak letak maklumat salah..sape2 yg tau, sila2 la kongsi ye..]

Tapi, mcmana pon, saya teringat juga dgn ayat ini, walaupon lain sikit dgn keadaan hari ini..

Saya rasa, Allah datangkan anak2 kecil yg petah berbicara tentang kehebatan dan keindahan Islam, kerana orang2 dewasa kebanyakannya dah lalai dgn keindahan dunia yg sementara.. Astaghfirullahaladzim..

Saya juga kadangkala tergolong dalam golongan dewasa itu. Sesungguhnya, saya manusia biasa.ย Sentiasa ada turun naiknya, emosi dan iman. Anda boleh tgk sendiri entri saya, ada turun ada naiknya..paham2 sendiri la ye..

Terima kasih pada kawan yg berkongsi satu peringatan yg berharga utk saya. Mungkin juga lepas ini saya akan jatuh lagi, tp bantulah saya bangun semula..

p/s: Susah hidup berseorang, tambah pula di perantauan. Hanya peringatan keluarga dan kawan2 lah yg amat diharapkan..Yoroshiku onegai shimasu!๐Ÿ˜‰

3 Comments leave one →
  1. August 9, 2009 07:38

    salam pildacil.
    pertama kali melihat secara live kanak-kanak tahfiz dari indonesia, datang ke kampung untuk bagi tadzkirah.masyaAllah.lembut sungguh.terpaku orang-orang dewasa.

    pernah dengar juga ada kisah seorang anak kecil yang dari keluarga kristian ,namun petah dalam berdakwah.kuasa Allah yang memberi anak kecil itu, kebolehan untuk menyebarkan lagi kemanisan iman dan islam.anak kecil ni pernah mengislamkan ramai orang-orang dewasa ,disababkan tersentuh dengan pendekatan anak kecil ini.tak berapa ingat nama tokoh kecil ni.petah berbahasa arab, walaupun lahir bukan dari keluarga arab.

    apa-apa pun,cd pildacil ni ada kat rumah.tapi, adik-adik kecil kat rumah masih suka dengan pendekatan wandeepat.hebat kuasa media.

    baru pertama kali, lihat anak kecil iran ini.terima kasih.

    Iran negara syiah ,umum yang negatifnya.Tapi, lepas baca buku tentang suasana masyarakat iran tahun lepas, berani untuk saya nyatakan bahawa rakyat iran segar dengan ingatan pada semangat jihad, roh sirah sahabat ,dan semangat memuliakan ilmuwan-ilmuwan islam.

    ada juga sisi kebaikan ,yang boleh kita teladani.yang pastinya,masyarakat kita masih lagi ketinggalan.

    satu pengisian hati yang baik.

  2. August 17, 2009 12:00

    โ€œTo dream anything that you want to dream. That’s the beauty of the human mind. To do anything that you want to do. That is the strength of the human will. To trust yourself to test your limits. That is the courage to succeed.โ€

    -Bernard Edmonds.

  3. ZaliZabrina permalink*
    October 10, 2009 17:58

    thanks ridzuan and inda๐Ÿ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: