Skip to content

Memberi dan Menerima

May 31, 2009

Kan lebih baik kalau hidup kita utk memberi..

Senang betul bila cakap. Tapi hakikatnya, amatlah susah.. Ya, saya amat kagum dengan pemikiran mereka-mereka yang suka memberi dalam memaknakan erti hidup.. seperti Abu Saif😀

Tidak sampai setahun saya bertemu dgn kewujudan insan bernama Hasrizal Abdul Jamil. Disebabkan diri ini bukan seorang yg suka membaca, maka memang lazimlah bagi saya utk tidak mengamalkan tabiat membaca blog-blog yg bertebaran di alam maya ni. Walaupun sudah ramai yang rekemen pada saya utk menjenguk blog itu, tapi hakikatnya, susah juga utk diri ini terima, kerana memang lebih mudah utk menekan remote control dan menonton saja TV Jepun yang lebih menarik dan berinformasi itu.

Buku tulisan Ustaz Abu Saif

Buku tulisan Ustaz Abu Saif

Namun, hadirnya ustaz ke sebuah program anjuran IPIJ, membuka satu lembaran baru utk saya. Saya sungguh terkesan dengan penyampaian beliau tentang Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam. Ustaz menekankan, bahawa sedarkah kita, selama ini, mungkin Islam kita hanyalah Islam warisan sahaja..

Barulah saya mengerti, apa maknanya lagu Raihan – Iman Mutiara itu.

Namun, sesungguhnya berat sungguh untuk mengamalkan Erti Hidup Pada Memberi.

Terutamanya, utk memberi nasihat.

Pertama, untuk memberi nasihat, selalu kita akan bertanya pada diri. Layakkah aku? Siapakah aku utk mendabik dada memberi kefahaman kepada org lain? Sedangkan nasihat kepada kawan sendiri pun belum tentu kita boleh lakukan. Bayangkan, kepada kawan-kawan yg rapat juga, kita selalu berkira-kira utk memberi nasihat.

Sedarkah anda, bahawa jika anda masih teragak-agak utk memberi nasihat, sedangkan kepada kawan baik kita sendiri, maka sebenarnya, kita bukanlah SAYANG BETUL-BETUL pada kawan kita itu. Kerana, jika kita sayang dia betul-betul, adakah mungkin kita teragak-agak utk memberitahu dia akan kebenaran yang menyelamatkan dia?

Sampaikanlah walau satu ayat. – Rasulullah SAW

Katakanlah kebenaran walaupun ia pahit. (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Albani)

Adakah kita perlu malu dan takut utk menyatakan kebenaran yg pahit itu kepada seorang kawan yg dikatakan KAWAN DUNIA AKHIRAT? Jika kita masih takut dan ragu, maka itu bukanlah kawan dunia akhirat kita, sedarilah bahawa itu hanyalah kawan dunia kita.

Memberi nasihat bukanlah untuk mengisytiharkan bahawa kita lebih pandai dan baik dari penerima nasihat. Tapi, seperti yang saya tegaskan, memberi nasihat itu kerana kita sayang akan penerimanya.

Satu lagi perkara yg perlu diingat, walau bagaimanapun karakter dan sifat seorang pemberi nasihat, biarpun dia seorang pencuri, janganlah kita ambil endah tak endah akan nasihat itu. Kerana hakikatnya, apa yang datang dari nasihatnya itu juga datang dari Allah. Hidayah dan petunjuk yg Allah beri melalui manusia lain. Percayalah akan hakikat itu, dan terimalah nasihat itu seadanya.

Tidak bererti bahawa yg memberi tak perlu menerima. Jika kita pula yg diberi nasihat, janganlah sekali-kali difikirkan,

“Hey!!Aku lebih pandai, lagi tinggi pelajaran dari engkau lah! Apsal engkau bagi nasihat kat aku lak nih?”

Owh..tinggi sungguhkah darjat ilmu itu?

Janganlah sekali-kali mendabik dada begitu. Sesungguhnya ilmu dan ilham itu semuanya datang dari Allah. Hak Allah. Mengapa perlu kita hamba yg hina ini utk mendabik dada sebegitu? Bila-bila sahaja Allah boleh tarik dengan perkataan “Kun” sahaja! Astaghfirullah al azim..

Sesungguhnya, hati manusia ini sungguh mudah utk Allah ‘bolak-balik’kan. Dia berhak utk memberi hidayah, dan juga mencabut hidayah dari seseorang. Maka, jika kita sudah jarang rasa sakit, atau jarang ditimpa kesusahan, hati-hatilah. Mungkin kita sudah tidak disayangi olehNya. Nauzubillahi minzaalik.

Sedarlah, jika pemberi nasihat itu membuat salah atau kesilapan, jangan mudah utk kita justify kesalahannya dengan menyatakan,

“Hah, dulu tunjuk baik sangat. Bagi nasihat konon. Sekarang tengok apa jadi dengan dia tuh? Kesimpulannya, tak payahlah tunjuk baik sangat, tengok jadi camne dah. Lagi teruk dari aku hah..”

Ingatlah, sesungguhnya, Allah pembolak-balik hati manusia. Dia bisa melakukan apa sahaja dengan hambanya. Jangan mudah menilai dan mencaci-cerca manusia yang terlencong dari jalan yang benar. Kerana, mereka mungkin berakhir dengan kesudahan yang lebih baik dari kita. Selalulah doa..

Ya Allah, wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku atas agama-Mu..

Ya Allah, wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku untuk taat kepada-Mu..

Ya Allah, wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku atas keimanan..

Wahai Tuhan kami, jangan gelincirkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami dan berilah kami dari sisi-Mu rohmat. Sesungguhnya Engkau Dzat yang maha bijaksana.

Ameen..

sumber doa: Mind InBlogs

Air mata di depan Allah lebih bermakna..

Air mata di depan Allah lebih bermakna..

Terimalah nasihat itu sebelum sampai masa tiada siapa mahu memberi nasihat kepada kita.

p/s: Masih terus berusaha utk membaiki diri. Tegurlah saya di mana yg salah. Sesungguhnya saya juga manusia biasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: