Skip to content

“Owh..Chemor..”

April 14, 2009

Dalam tren KTM, ada seorang budak perempuan dan seorang budak lelaki berkenalan di dalam perjalanan balik kampung sempena cuti raya. Cara berkenalan mereka sangat unik, iaitu melalui SMS (Rasanya time ni lah evolusi SMS bermula..😛 ). Mari kita saksikan perbualan mereka..

Amoi: Sapa nama?

Budak lelaki menjawab, bukan dengan mulut, tetapi dengan menulis “Ahmad” di hanset yang pada masa itu besar gedabak dan menunjukkan pada amoi tersebut.(tulis SMS tapi tak send)

Amoi: Owh, Ahmad..Mau pegi mane?

Sekali lagi Ahmad menaip SMS di handsetnya.. “Chemor” (hometownku😛 )

Amoi: Oowh, Chemor..

Pastu, Amoi tu dah takde idea nak tanya apa lagi kat Ahmad yang bisu lg tsumetai(cold) tuh. Dia pon terpikir, “Ini budak bisu kott”. So, amoi yang curious itu pun bertanya lagi.

Amoi: Eh, awak tak boley cakap ka?

Emak Amoi: Shhhh!!

Dengan pantas, emak amoi di sebelah men’shut-up’ kan anaknya. Tak baik tanya camtu kat orang bisu daa..

Pastu, Ahmad menaip di handsetnya, “Gong Xi Fa Chai!”

Amoi: Owh, terima kasih! Selamat hari raya!

Tiba-tiba..

Trut truut..trut truut..(konon2 bunyi handset, bunyi handset style lama plak tuh..😛 )

Ahmad pula, dengan ajaibnya, menjawab panggilan itu..

Ahmad: Eh, atok. Ahmad ni. Ahmad tengah sibuk ni. Nanti Ahmad tepon balik ye.

Amoi: ………. Awak tipu saya!!

Pastu mereka pon bergelak ketawa sambil makan limau tahun baru..

***

Ada pun cerita di atas hanyalah berdasarkan ingatan penulis semata-mata.

***

Rasanya kebanyakan orang Malaysia familiar dengan iklan nih. Mana taknya, tahun iklan ini disiarkan ialah tahun pertama cuti raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina digabungkan disebabkan pada tahun itu, hari perayaan ini dekat antara satu sama lain. Dan dari situ, terciptalah perkataan ‘kongsi raya’. Sehingga hari ini, perkataan ini menjadi begitu popular sehingga lahirnya perkataan Deepa Raya pula.

Dan rasanya ramai juga maklum bahawa PAS tidak setuju dengan konsep kongsi raya ini. See why.

Ini pula artikel berkaitan yang menjelaskan pendirian PAS dalam isu ini.

***

Kongsi raya: BADAI sokong keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan

Mohd Hafiz Mohd Nordin 
Thu | Jun 15, 06 | 12:31:39 pm MYT

Badan Anti-IFC (BADAI) menyokong penuh keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang meminta kerajaan mengkaji semula amalan kongsi raya yang boleh merosakkan aqidah umat Islam dan membawa kepada syirik.

BADAI percaya keputusan yang dibuat oleh badan yang berwibawa dalam urusan agama itu sememangnya jelas dan mempunyai sandaran yang kukuh dengan berdalilkan Kitabullah dan Sunnaturrasul. 
 
Sehubungan dengan itu, mereka yang bukan pakar dalam bidang hukum agama diminta agar jangan mengeluarkan kenyataan yang mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.
 
Dalam ajaran Islam, perayaan Aidil Fitri dan Adha adalah merupakan ibadah yang disyariatkan oleh Allah dengan tujuan untuk membesar dan mengesakan Allah sebagaimana firman Allah yang bermaksud: 
 
��Dan hendaklah kamu menyempurnakan masa (puasa) serta membesarkan Allah di atas apa yang Allah berikan petunjuk kepada kamu , dan semoga kamu bersyukur ..
 
(Surah Al-Baqarah : ayat 185)
 
Dalam ajaran Islam juga,
 Islam melarang sama sekali umatnya merayakan perayaan kepercayaan agama lain walaupun dalam masa yang sama Islam tidak menyekat penganut agama lain merayakan perayaan agama mereka.
 
Justeru BADAI melihat bahawa amalan kongsi raya tidaklah wajar diteruskan malah pihak kerajaan mestilah menerima nasihat Majlis Fatwa Kebangsaan. BADAI meyakini bahawa tanpa amalan kongsi raya, perpaduan antara kaum telah pun wujud dan tetap boleh diteruskan dalam negara ini dengan syarat semua penganut agama saling menghormati antara satu sama lain.
 
Bahkan amalan kongsi raya yang berpunca daripada fahaman liberalisme telah menyebabkan fahaman ini menular dengan agak meluas dalam kalangan umat Islam di negara ini.
 
Dalam pada itu,
 keputusan undian sms yang disiarkan Buletin Utama TV3 pada 14 Jun 2006 yang menunjukkan sebanyak 76% tidak bersetuju dengan amalan kongsi raya, ini memberi isyarat bahawa majoriti rakyat berbilang agama tidak bersetuju dengan amalan tersebut. 
 
Dengan ini BADAI menyeru YAB Perdana Menteri yang berpegang teguh kepada 10 prinsip Islam Hadhari agar menghentikan amalan kongsi raya ini dan menasihatkan menteri-menteri dan pihak berkenaan agar tidak mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan badan berwibawa agama Islam seperti Majlis Fatwa Kebangsaan.

Ustaz Mohd Hafiz Mohd Nordin 
Pengerusi BADAI

***

Also, read this: Kongsi Raya open houses pointless

***

Bukanlah dilarang jika non-Muslim nak meraikan Hari Raya, but they have to respect that we can’t celebrate their religious day. That’s it. RESPECT, that’s what Malaysia is all about, rite? So, how bout respecting our beliefs?

Marilah kita sama-sama fikirkan semula..

p/s: Masa iklan “Owh..Chemor..” ni disiarkan, still lagi di KL. So, memang tak sangka akan berpindah ke Chemor. What a miracle! hehe. Proud to be a Chemorian! (Eventhough takde pape kat situ :-P)

16 Comments leave one →
  1. mfr permalink
    April 14, 2009 21:24

    kenapa chemor tak ade apa apa pulak. bukan ke chemor terkenal dengan air terjun ulu chepor nye. perak kaya dengan keindahan alam. perak no 1!

  2. ZaliZabrina permalink*
    April 15, 2009 10:28

    haha, sori2..
    lupa lak psl ulu chepor..
    chemor mmg ada sungai chepor, yg giler ramai org tiap kali pegi, hihi

  3. April 16, 2009 03:31

    Salam, 50/50 sis.
    Ada separuh hati nak setuju, dan separuh lagi tidak.
    Bila kita mati nanti, kita akan tahu siapa betul & siapa salah.
    Saya hidup dengan cara kemanusiaan.🙂

    p/s – At last, kakak tulis juga artikel baru.🙂

  4. ZaliZabrina permalink*
    April 16, 2009 23:29

    what doesn’t you agree with?
    Let’s share it.
    Persoalan manusia, mmg susah nak bicara betul dan salah.
    Tapi persoalan agama, tak boleh nak dilenturkan.
    Islam itu satu cara hidup yg harmoni. But, people always make it seem so far from the way of their life until at some point it seem wrong and incomprehensible.

    p/s: Thanks for waiting🙂

  5. April 19, 2009 04:17

    Bagi saya, isu agama sudah dipolitikkan
    Its no longer about freedom & brotherhood of mankind.
    Its all about power, wealth, oil & gas industry, war & etc.
    Is that Islam? Is that what we really made of?

  6. ZaliZabrina permalink*
    April 19, 2009 17:58

    yeah, but who politicized it?
    some non-muslims who have problems with Islam..
    and some even Muslims, but with their own hidden agenda..

    but the issue here, is about respect for our religion, that even some Muslims don’t have. They don’t know much about Islam, but they insist the ulama'(people with knowledge) is wrong, just because it doesn’t suit their freedom. So, it’s not non-muslim to be blamed here. It’s people who doesn’t have respect for their own religion.

  7. April 20, 2009 13:41

    🙂
    good answer.
    Respect is the key to unity.
    But I can’t see any unity in Malaysian Muslims nowadays.
    They were separated by their political beliefs.
    Its like, they’re wearing colors.They are judging other Muslims, because of their color’s.
    Thats not what we were made of, right?
    I’m tired of this.

  8. ZaliZabrina permalink*
    April 20, 2009 18:24

    yeah, politic nowadays sometimes make people forget who they are..
    but that should not be a reason to run from it, rite?
    If we see corruption, and we know it’s wrong, yet we don’t do something about it, doesn’t that make us blamable too?
    Kalau bala nak turun, Allah tak pilih orang. Ia akan jatuh kene pada semua, termasuk yang tak lakukan korupsi.
    That’s why people who knows ought to stop the corruption.
    so, why run? we should do something about it.

  9. April 21, 2009 01:08

    There were reasons why God creates human in different colors, & yet there were reasons why our blood is red.
    I don’t believe in politics.
    That makes me a rebel, an anarchist, a dirty dog, a terrorist or whatever they would label me.
    I’m not running from anything.

    “GOD, SAVE ME FROM YOUR FOLLOWERS”

  10. ZaliZabrina permalink*
    April 21, 2009 01:20

    I’m not saying about colors here.
    Maybe I don’t understand the whole thing you’re saying, hehe
    But, well, if you don’t believe in politics, it’s your choice.

  11. May 17, 2009 02:49

    I am what I am… I guess that answered everything.

  12. ZaliZabrina permalink*
    May 17, 2009 12:31

    yeah, you are what you are..
    but, people can change, you know🙂
    and if we wanna change, we should always search the way to change to a better person..rite?🙂

  13. May 17, 2009 23:36

    I’ll change…one day.
    I’ll go with the flow on certain things.
    But yet, i’m only human.
    I love to live in harmony.
    Where we live as brothers & sisters, we fight our “war” side by side regardless of our colors and religions.
    We were born as a racist…
    But now, its the time to fight the racism.🙂

  14. ZaliZabrina permalink*
    May 31, 2009 01:03

    maybe I don’t understand what you’re going through..but, it’s ok right..
    i don’t have any racism issues..at least i think i don’t have😀
    i do have respect for others..or at least i’m trying to..
    that’s all what i gotta say..🙂
    hope to see ya again bro!

  15. August 28, 2010 03:40

    sape tawu link tuk iklan tu..
    nak tengok..😀

  16. ZaliZabrina permalink*
    October 9, 2010 20:45

    tak pernah jumpa lagi video iklan tu, sorry😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: